Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّلاةُ عَلَى النَّبِي - صلى الله عَلَيْهِ وَسلم - لَا ترد.
Teks Bahasa Melayu
Selawat kepada Nabi SAW tidak akan ditolak.
Sahabat Perawi
- Abu alDarda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 52, hadis no. 207. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو من كلام أبي سليمان الداراني. وأورده في الإحياء مرفوعا. قال السخاوي: إنما هو عن أبي الدرداء من قوله: (( إذا سألتم الله حاجة، فابدءوا بالصلاة عليّ؛ فإنه الله أكرم من أن يسأل حاجتين، فيعطي أحدهما، ويرد الأخرى)).
Ianya berasal daripada ucapan Abi Sulaiman al-Darani dan dimasukkan dalam al-Ihya' secara marfu'. Al-Sakhawi berkata: "Hadith itu hanya diriwayatkan daripada Abi al-Darda' melalui kata-kata beliau: "Apabila kamu meminta kepada Allah sesuatu hajat, maka mulakanlah dengan berselawat kepadaku, kerana sesungguhnya Allah lebih mulia lagi berbanding diminta dua hajat, lalu diberikan salah satunya dan ditolak satu yang lain".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman