Selawat ke atas Nabi tidak akan ditolak

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الصلاة على النبي لا ترد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Selawat ke atas Nabi tidak akan ditolak.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 328, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يصح رفعه. ومثله حديث: كل الأعمال فيها المقبول والمردود، إلا الصلاة عليّ فإنها مقبولة غير مردودة، قال ابن حجر: ضعيف جدًا.

Tidak sahih menghukumnya sebagai marfu’ ( iaitu menyandarkannya kepada Nabi SAW). Hadis yang serupa sepertinya: Setiap amalan ada yang diterima dan ditolak, kecuali selawat ke atasku kerana ia akan diterima dan tidak ditolak. Ibn Hajar berkata: Ia sangat lemah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs