Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Selawat ke atas Nabi tidak akan ditolak

Teks Bahasa Arab

حديث: الصلاة على النبي لا ترد.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Selawat ke atas Nabi tidak akan ditolak.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 328, hadis no. 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يصح رفعه. ومثله حديث: كل الأعمال فيها المقبول والمردود، إلا الصلاة عليّ فإنها مقبولة غير مردودة، قال ابن حجر: ضعيف جدًا.

Tidak sahih menghukumnya sebagai marfu' ( iaitu menyandarkannya kepada Nabi SAW). Hadis yang serupa sepertinya: Setiap amalan ada yang diterima dan ditolak, kecuali selawat ke atasku kerana ia akan diterima dan tidak ditolak. Ibn Hajar berkata: Ia sangat lemah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.