Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Selang-selikanlah hari dalam mengunjungi orang sakit

Teks Bahasa Arab

أَغِبُّوا العيادةَ، وخيرُ العيَادَةِ أخَفُّها، إلَّا أنْ يكونَ مغْلوبًا فلَا يُعادُ، والتَّعْزَيَةُ مَرَّةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Selang-selikanlah hari dalam mengunjungi orang sakit dan sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah yang paling singkat, melainkan dia merupakan orang yang hilang akal maka dia tidak dikunjungi, dan ucapan takziah ialah sekali sahaja.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis no. 5916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أغبوا العيادة، وخير العيادة أخفها، إلا أن يكون مغلوبا فلا يعاد، والتعزية مرة)). [الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (1645)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Selang-selikanlah hari dalam mengunjungi orang sakit dan sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah yang paling singkat, melainkan dia merupakan orang yang hilang akal maka dia tidak dikunjungi, dan ucapan takziah ialah sekali sahaja. [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1645].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.