Selamat datang, semoga Allah menghidupkan kalian, menghimpunkan kalian, membela kalian, mengangkat kalian

TEKS BAHASA ARAB

مرحبا بكم حياكم الله جمعكم الله نصركم الله، رفعكم الله نفعكم الله، وفقكم الله، قبلكم الله هداكم الله سلمكم الله أوصيكم بتقوى الله، وأوصي الله بكم أن لا تعلوا على الله في عباده وبلاده إلى أن قال : قلنا: يا رسول الله! متى أجلك؟ قال: قد دنا الأجل قلنا: يا رسول الله! من يغسلك؟ قال: رجال أهل بيتي الأدنى فالأدنى وأقرئوا أنفسكم السلام كثيرا ومن كان غائبا من أصحابي، فأقرئوه مني السلام كثيرا، ألا وإني أشهدكم أني قد سلمت على كل من دخل في الإسلام، وعلى كل من تابعني على ديني من اليوم إلى يوم القيامة … قلنا: يا رسول الله! ومن يصلي عليك وبكينا . فقال: مهلا غفر الله لكم وجزاكم الله عن نبيكم خيرا إذا غسلتموني وكفنتموني فضعوني، على شفير قبري ثم اخرجوا عني ساعة فإن أول من يصلي علي خليلي وحبيبي جبريل، ثم ميكائيل ثم إسرافيل ثم ملك الموت مع ملائكة كثيرة، ثم ادخلوا علي فصلوا علي وسلموا تسليما قلنا: يا رسول الله فمن يدخل قبرك؟ قال: رجال أهل بيتي مع ملائكة كثيرة يرونكم من حيث لا ترونهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selamat datang, semoga Allah menghidupkan kalian, menghimpunkan kalian, membela kalian, mengangkat kalian, menjadikan kalian bermanfaat, mengurniakan taufik buat kalian, menerima kalian, memberi petunjuk pada kalian, dan menyelamatkan kalian. Aku mewasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah, dan aku meminta Allah untuk menjaga kalian, maka janganlah kalian melampaui Allah akan urusan hamba-hamba-Nya dan negeri-negeri-Nya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, bilakah ajalmu? Baginda menjawab: Sudah sangat hampir. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan memandikanmu? Baginda menjawab: Orang-orang daripada kaum keluargaku, diikuti yang paling dekat, dan dengan yang seterusnya. Ucapkanlah kesejahteraan untuk diri kalian. Sahabat-sahabatku yang tiada, sampaikan ucapan salam yang banyak dariku untuk mereka. Ketahuilah, aku bersaksi kepada kalian bahawa aku sudah memberi salam kepada setiap orang yang memeluk agama Islam, dan kepada sesiapa yang mengikuti agamaku pada hari ini sehingga hari Kiamat. Kami berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan mendirikan solat ke atasmu? Dan kami menangis. Baginda SAW menjawab: Bertenanglah. Semoga Allah ampunkan dosa kalian, mengurniakan ganjaran baik buat kalian. Setelah kalian memandikan dan mengkafankanku, letakkan aku di tepi kuburku, kemudian menjauhlah seketika. Hal ini kerana, yang pertama yang akan mendirikan solat untuk saya adalah kekasihku, kesayanganku, Jibril, kemudian Mika’il, diikuti Israfil, seterusnya malaikat pencabut nyawa bersama ramai lagi malaikat-mailaikat yang lain. Setelah itu kalian masuklah, dan dirikan solat buatku dan berilah salam. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan memasukkan kamu ke dalam kubur? Baginda menjawab: Beberapa orang ahli keluargaku bersama para malaikat yang ramai mereka melihat kalian dalam keadaan kalian tidak mampu melihat mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1094, hadis nombor 5557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: اجتمعنا في بيت أمنا عائشة رضي الله عنها، فنظر إلينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فدمعت عيناه فتشدد فنعى إلينا نفسه حين دنا الفراق، فقال: مرحبا بكم حياكم الله جمعكم الله نصركم الله، رفعكم الله نفعكم الله، وفقكم الله، قبلكم الله هداكم الله سلمكم الله أوصيكم بتقوى الله، وأوصي الله بكم أن لا تعلوا على الله في عباده وبلاده إلى أن قال : قلنا: يا رسول الله متى أجلك؟ قال: قد دنا الأجل قلنا: يا رسول الله! من يغسلك؟ قال: رجال أهل بيتي الأدنى فالأدنى وأقرئوا أنفسكم السلام كثيرا ومن كان غائبا من أصحابي، فأقرئوه مني السلام كثيرا، ألا وإني أشهدكم أني قد سلمت على كل من دخل في الإسلام، وعلى كل من تابعني على ديني من اليوم إلى يوم القيامة … قلنا: يا رسول الله! ومن يصلي عليك وبكينا . فقال: مهلا غفر الله لكم وجزاكم الله عن نبيكم خيرا إذا غسلتموني وكفنتموني فضعوني، على شفير قبري ثم اخرجوا عني ساعة فإن أول من يصلي علي خليلي وحبيبي جبريل، ثم ميكائيل ثم إسرافيل ثم ملك الموت مع ملائكة كثيرة، ثم ادخلوا علي فصلوا علي وسلموا تسليما قلنا: يا رسول الله فمن يدخل قبرك؟ قال: رجال أهل بيتي مع ملائكة كثيرة يرونكم من حيث لا ترونهم. [أبو نعيم في الحلية، ك، البيهقي في دلائل النبوة، الضعيفة (6445)].

(Palsu) (Palsu) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau menceritakan: Kami berhimpun di rumah ibunda kami, ‘Aishah RA. Rasulullah SAW apabila melihat kami, air matanya mengalir, lalu Baginda semakin lemah. Baginda mengkhabarkan kewafatannya kepada kami ketika menjelang detik perpisahan. Baginda berkata: Selamat datang, semoga Allah menghidupkan kalian, menghimpunkan kalian, membela kalian, mengangkat kalian, menjadikan kalian bermanfaat, mengurniakan taufik buat kalian, menerima kalian, memberi petunjuk pada kalian, dan menyelamatkan kalian. Aku mewasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah, dan aku meminta Allah untuk menjaga kalian, maka janganlah kalian melampaui Allah akan urusan hamba-hamba-Nya dan negeri-negeri-Nya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, bilakah ajalmu? Baginda menjawab: Sudah sangat hampir. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan memandikanmu? Baginda menjawab: Orang-orang daripada kaum keluargaku, diikuti yang paling dekat, dan dengan yang seterusnya. Ucapkanlah kesejahteraan untuk diri kalian. Sahabat-sahabatku yang tiada, sampaikan ucapan salam yang banyak dariku untuk mereka. Ketahuilah, aku bersaksi kepada kalian bahawa aku sudah memberi salam kepada setiap orang yang memeluk agama Islam, dan kepada sesiapa yang mengikuti agamaku pada hari ini sehingga hari Kiamat. Kami berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan mendirikan solat ke atasmu? Dan kami menangis. Baginda SAW menjawab: Bertenanglah. Semoga Allah ampunkan dosa kalian, mengurniakan ganjaran baik buat kalian. Setelah kalian memandikan dan mengkafankanku, letakkan aku di tepi kuburku, kemudian menjauhlah seketika. Hal ini kerana, yang pertama yang akan mendirikan solat untuk saya adalah kekasihku, kesayanganku, Jibril, kemudian Mika’il, diikuti Israfil, seterusnya malaikat pencabut nyawa bersama ramai lagi malaikat-mailaikat yang lain. Setelah itu kalian masuklah, dan dirikan solat buatku dan berilah salam. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan memasukkan kamu ke dalam kubur? Baginda menjawab: Beberapa orang ahli keluargaku bersama para malaikat yang ramai mereka melihat kalian dalam keadaan kalian tidak mampu melihat mereka. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6445]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs