Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan"

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سمع المؤذن، قال: (حي على الفلاح) قال: اللهم اجعلنا مفلحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan.” Baginda akan berkata: “Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berjaya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767-768, hadis nombor 3919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاوية بن أبي سفيان -رضي الله عنها – مرفوعاً: ((كان إذا سمع المؤذن، قال: (حي على الفلاح) قال: اللهم اجعلنا مفلحين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (706)].

(Palsu) Daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA secara marfu’: Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan.” Baginda akan berkata: “Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berjaya." [Riwayat Ibn al-Sunni dalam al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 706]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs