Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan"

Teks Bahasa Arab

كَانَ إِذَا سَمِعَ الْمُؤَذِّنَ قَالَ: (حَيِّ عَلَى الفَلَاحِ) قَالَ: اللَّهُمَّ اجْعَلنَا مُفلِحِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan.” Baginda akan berkata: “Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berjaya."

Sahabat Perawi

  1. Muawiyah bin Abi Sufyan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767-768, hadis no. 3919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاوية بن أبي سفيان -رضي الله عنها - مرفوعاً: ((كان إذا سمع المؤذن، قال: (حي على الفلاح) قال: اللهم اجعلنا مفلحين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (706)].

(Palsu) Daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA secara marfu’: Selalunya apabila Baginda mendengar muazzin menyebut: “Marilah menuju kejayaan.” Baginda akan berkata: “Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berjaya." [Riwayat Ibn al-Sunni dalam al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 706]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.