Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Selalah janggut dan kuku kamu kerana syaitan berlari antara daging dan kuku

Teks Bahasa Arab

خلِّلوا لِحاكُم وأظفارَكم، إنَّ الشَّيطانَ يجرى ما بين اللَّحمِ والظُّفرِ.

Teks Bahasa Melayu

Selalah janggut dan kuku kamu kerana syaitan berlari antara daging dan kuku.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis no. 6079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: خللوا لحاكم وأظفاركم، إن الشيطان يجري ما بين اللحم والظفر. [الأصم في جزء من حديثه، ابن عساكر، تمام، ((الضعيفة)) (1705)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu': Selalah janggut dan kuku kamu kerana syaitan berlari antara daging dan kuku. [Riwayat al-Asam dalam Juz Min Hadithihi, Ibn 'Asakir dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1705]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.