TEKS BAHASA ARAB
خللوا بين أصابعكم، لا يخللها الله عز وجل يوم القيامة في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Selalah antara jari-jemari kamu, Allah tidak akan menyelanya pada hari kiamat dalam neraka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis nombor 6117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: خللوا بين أصابعكم، لا يخللها الله عز وجل يوم القيامة في النار.
[ابن السماك في ((الأول من الرابع من حديثه))، قط، ((الضعيفة)) (3551)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Selalah antara jari-jemari kamu, Allah tidak akan menyelanya pada hari kiamat dalam neraka.
[Riwayat Ibn al-Simak dalam al-Awwal Min al-Rabi' Min Hadithi dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3551]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.