TEKS BAHASA ARAB
تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Selalah (antara celahan gigi dan mulut) kerana ia merupakan kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman, manakala iman pula bersama tuannya dalam syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis nombor 6176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة.
[طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (5277)]
(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Selalah (antara celahan gigi dan mulut) kerana ia merupakan kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman, manakala iman pula bersama tuannya dalam syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5277]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.