Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَمَا حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ أَنْطاكِيَةَ وما حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ دِمَشْقَ وَمَا حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ الطَّالَقانِ وَمَا حَوْلَها، ظَاهِرِينَ على الحقِّ، لا يُبالون مَنْ خَذَلَهُم، ولا من يَضُرُّهُمْ حتى يُخرِجَ لهم اللهُ كنْزَه من الطَّالَقانِ، فيُحْيِي به دينَه كما أميتَ من قَبْلُ.
Teks Bahasa Melayu
Sekumpulan umatku akan terus menerus berperang di pintu-pintu Bait al-Maqdis (Baitul Maqdis) dan sekitarnya, di pintu-pintu Antakiyah dan sekitarnya, di pintu-pintu Dimashq dan sekitarnya, di pintu-pintu al-Taliqan dan sekitarnya. Mereka jelas berada di atas kebenaran, mereka tidak mempedulikan orang-orang yang menentang mereka dan mereka juga tidak mempedulikan orang-orang yang mahu memudaratkan mereka hinggalah Allah keluarkan untuk mereka perbendaharaan-Nya daripada al-Taliqan, lalu dengan perbendaharaan itu dihidupkan agama-Nya sebagaimana ia telah mati sebelum itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1383 - 1384, hadis no. 7034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا بهذا التمام) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على أبواب بيت المقدس وما حولها، وعلى أبواب أنطاكية وما حولها، وعلى أبواب دمشق وما حولها، وعلى أبواب الطالقان وما حولها، ظاهرين على الحق، لا يبالون من خذلهم، ولا من يضرهم حتى يخرج لهم الله كنزه من الطالقان، فيحيي به دينه كما أميت من قبل. [الربعي في ((فضائل الشام ودمشق))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6389)]
(Sangat munkar dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sekumpulan umatku akan terus menerus berperang di pintu-pintu Bait al-Maqdis (Baitul Maqdis) dan sekitarnya, di pintu-pintu Antakiyah dan sekitarnya, di pintu-pintu Dimashq dan sekitarnya, di pintu-pintu al-Taliqan dan sekitarnya. Mereka jelas berada di atas kebenaran, mereka tidak mempedulikan orang-orang yang menentang mereka dan mereka juga tidak mempedulikan orang-orang yang mahu memudaratkan mereka hinggalah Allah keluarkan untuk mereka perbendaharaan-Nya daripada al-Taliqan, lalu dengan perbendaharaan itu dihidupkan agama-Nya sebagaimana ia telah mati sebelum itu. [Riwayat al-Rab'ie dalam Fada'il al-Sham Wa Dimashq dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6389]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman