Sekumpulan orang Muslim akan datang dengan membawa dosa-dosa seperti gunung-ganang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجيء يوم القيامة ناس من المسلمين بذنوب أمثال الجبال، فيغفرها لهم، ويضعها على اليهود والنصارى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, sekumpulan orang Muslim akan datang dengan membawa dosa-dosa seperti gunung-ganang, lalu diberikan keampunan kepada mereka terhadap dosa-dosa tersebut dan diletakkan dosa-dosa itu pada Yahudi dan Nasrani.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1312, hadis nombor 6699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن أبي موس الأشعري رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يجيء يوم القيامة ناس من المسلمين بذنوب أمثال الجبال، فيغفرها لهم، ويضعها على اليهود والنصارى.
[م، ((الضعيفة)) (١٣١٦)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abi Musa al-Ash’ari RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Pada hari kiamat, sekumpulan orang Muslim akan datang dengan membawa dosa-dosa seperti gunung-ganang, lalu diberikan keampunan kepada mereka terhadap dosa-dosa tersebut dan diletakkan dosa-dosa itu pada Yahudi dan Nasrani.
[Riwayat Muslim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1316].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.