Sekumpulan manusia pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila bertemu ialah ucapan laknat

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال الأمة على شريعة ما لم تظهر فيهم ثلاث: ما لم يقبض منهم العلم، ويكثر فيهم ولد الخبث، ويظهر السقارون. قالوا: وما السقارون يا رسول الله؟ قال: بشر يكونون فى آخر الزمان تكون تحيتهم بينهم إذا تلاقوا اللعن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umat ini akan sentiasa berada di atas syari’at selagi tidak munculnya tiga perkara di dalamnya, iaitu selagi tidak diambil ilmu daripada mereka, selagi tidak banyak dalam kalangan mereka anak yang keji dan selagi tidak banyak golongan al-Saqqar. Mereka bertanya: Golongan al-Saqqar pula apa maksudnya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sekumpulan manusia yang akan ada pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila mereka saling bertemu ialah ucapan laknat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis nombor 6661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن أنس رضي الله عنه مرفوعا: لا تزال الأمة على شريعة ما لم تظهر فيهم ثلاث: ما لم يقبض منهم العلم، ويكثر فيهم ولد الخبث، ويظهر السقارون. قالوا: وما السقارون يا رسول الله؟ قال: بشر يكونون فى آخر الزمان تكون تحيتهم بينهم إذا تلاقوا اللعن.
[حم، ك، ((الضعيفة)) (347)].

(Munkar)
Daripada Mu’az bin Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umat ini akan sentiasa berada di atas syari’at selagi tidak munculnya tiga perkara di dalamnya, iaitu selagi tidak diambil ilmu daripada mereka, selagi tidak banyak dalam kalangan mereka anak yang keji dan selagi tidak banyak golongan al-Saqqar. Mereka bertanya: Golongan al-Saqqar pula apa maksudnya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sekumpulan manusia yang akan ada pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila mereka saling bertemu ialah ucapan laknat.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 347].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs