Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sekumpulan manusia pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila bertemu ialah ucapan laknat

Teks Bahasa Arab

لَا تَزَالُ الأُمَّةُ عَلَى شَرِيعَةٍ مَا لَمْ تَظْهَرْ فِيهِمْ ثَلَاثٌ: مَا لَمْ يُقبَضُ مِنْهُم الْعِلْمُ، وَيَكْثُرُ فِيهِمْ وَلَدُ الخَبَثِ، وَيُظْهِرُ السَّقَّارُونَ. قَالُوا: وَمَا السَّقَّارُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: بَشَرٌ يَكُونُونَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ تَكُونُ تَحِيَّتُهُمْ بَيْنَهُمْ إِذَا تَلَاقَوا اللَّعْنَ.

Teks Bahasa Melayu

Umat ini akan sentiasa berada di atas syari'at selagi tidak munculnya tiga perkara di dalamnya, iaitu selagi tidak diambil ilmu daripada mereka, selagi tidak banyak dalam kalangan mereka anak yang keji dan selagi tidak banyak golongan al-Saqqar. Mereka bertanya: Golongan al-Saqqar pula apa maksudnya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sekumpulan manusia yang akan ada pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila mereka saling bertemu ialah ucapan laknat.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis no. 6661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن أنس رضي الله عنه مرفوعا: لا تزال الأمة على شريعة ما لم تظهر فيهم ثلاث: ما لم يقبض منهم العلم، ويكثر فيهم ولد الخبث، ويظهر السقارون. قالوا: وما السقارون يا رسول الله؟ قال: بشر يكونون فى آخر الزمان تكون تحيتهم بينهم إذا تلاقوا اللعن. [حم، ك، ((الضعيفة)) (347)].

(Munkar) Daripada Mu'az bin Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Umat ini akan sentiasa berada di atas syari'at selagi tidak munculnya tiga perkara di dalamnya, iaitu selagi tidak diambil ilmu daripada mereka, selagi tidak banyak dalam kalangan mereka anak yang keji dan selagi tidak banyak golongan al-Saqqar. Mereka bertanya: Golongan al-Saqqar pula apa maksudnya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sekumpulan manusia yang akan ada pada akhir zaman, ucapan hormat sesama mereka apabila mereka saling bertemu ialah ucapan laknat. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 347].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.