Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَخرُجُ ناسٌ منَ المشرِقِ، فَيوطِّئونَ للمَهْديِّ. يعني: سُلطانَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sekumpulan manusia akan keluar daripada arah timur, mereka akan menyerahkan kepada al-Mahdi, iaitu kekuasaan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Harith bin Jaz'i al-Zubaidi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1350, hadis no. 6897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث بن جزء الزبيدي رضي الله عنه مرفوعا: يخرج ناس من المشرق فيوطئون للمهدي. يعني: سلطانه. [هـ، الفسوي، ((الضعيفة)) (4826)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin al-Harith bin Jaz'i al-Zubaidi RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekumpulan manusia akan keluar daripada arah timur, mereka akan menyerahkan kepada al-Mahdi, iaitu kekuasaan. [Riwayat Ibn Majah dan al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4826]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman