Sekumpulan manusia akan keluar dari timur

TEKS BAHASA ARAB

يخرج ناس من المشرق، فيوطئون للمهدي سلطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekumpulan manusia akan keluar dari timur lalu mereka akan bersedia untuk al-Mahdi, iaitu: (berada di bawah) kepimpinannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1372 – 1373, hadis nombor 6993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن الحارث بن جزء الزبيدي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: يخرج ناس من المشرق، فيوطئون للمهدي سلطانه.
[الفسوي، ((الضعيفة)) (5516)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin al-Harith bin Juz al-Zubaidi RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sekumpulan manusia akan keluar dari timur lalu mereka akan bersedia untuk al-Mahdi, iaitu: (berada di bawah) kepimpinannya.
[Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5516]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.