Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sekumpulan manusia akan keluar dari timur lalu mereka akan bersedia untuk al-Mahdi

Teks Bahasa Arab

يَخْرُجُ نَاسٌ مِنَ المَشرِقِ فَيُوَطِّئُونَ لِلْمَهْدِيِّ. يعني: سُلطَانَه.

Teks Bahasa Melayu

Sekumpulan manusia akan keluar dari timur lalu mereka akan bersedia untuk al-Mahdi, iaitu: (berada di bawah) kepimpinannya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah bin al-Haarith bin Jaz’in al-Zubaidi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1888, hadis no. 9507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث بن جزء الزبيدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((يخرج ناس من المشرق فيوطئون للمهدي)). يعني: سلطانه. [هـ، الفسوي، ((الضعيفة)) (4826، 5516)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin al-Haarith bin Jaz’in az-Zubaidi RA (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sekumpulan manusia akan keluar dari timur lalu mereka akan bersedia untuk al-Mahdi, iaitu: (berada di bawah) kepimpinannya." [Riwayat Ibn Majah dan al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4826, 5516]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.