Sekiranya umatku tidak khianat, musuh tidak akan bangun menentang mereka selama-lamanya

TEKS BAHASA ARAB

إن لم تغل أمتي لم يقم لهم عدو أبداً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya umatku tidak khianat, musuh tidak akan bangun menentang mereka selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis nombor 5195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبيب بن مسلمة عن أبي ذر رضي الله عنه يقول: سمعت رسول الله ﷺ يقول: إن لم تغل أمتي لم يقم لهم عدو أبدا. قال أبو ذر لحبيب بن مسلمة: هل يثبت لكم العدو حلب شاة؟ قال: نعم، وثلاث شياه غزر قال أبو ذر: غللتم ورب الكعبة. [طس، الضعيفة (5169)].

(Lemah) Daripada Habib bin Maslamah daripada Abu Zar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya umatku tidak khianat, musuh tidak akan bangun menentang mereka selama-lamanya". Abu Dzarr berkata kepada Habib bin Maslamah: Ada musuh yang menentang kalian sekadar tempoh perahan susu seekor kambing?. Dia menjawab: Ya, bahkan sekadar tempoh tiga ekor kambing yang banyak susu. Abu Zar berkata: Demi Tuhan Ka’bah, kalian telah khianat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5169].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs