Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لم تغل أمتي لم يقم لهم عدو أبداً.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya umatku tidak khianat, musuh tidak akan bangun menentang mereka selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis no. 5195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حبيب بن مسلمة عن أبي ذر رضي الله عنه يقول: سمعت رسول الله ﷺ يقول: إن لم تغل أمتي لم يقم لهم عدو أبدا. قال أبو ذر لحبيب بن مسلمة: هل يثبت لكم العدو حلب شاة؟ قال: نعم، وثلاث شياه غزر قال أبو ذر: غللتم ورب الكعبة. [طس، الضعيفة (5169)].
(Lemah) Daripada Habib bin Maslamah daripada Abu Zar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya umatku tidak khianat, musuh tidak akan bangun menentang mereka selama-lamanya". Abu Dzarr berkata kepada Habib bin Maslamah: Ada musuh yang menentang kalian sekadar tempoh perahan susu seekor kambing?. Dia menjawab: Ya, bahkan sekadar tempoh tiga ekor kambing yang banyak susu. Abu Zar berkata: Demi Tuhan Ka'bah, kalian telah khianat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5169].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman