Sekiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku,

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتي لأمَرتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku, akan aku wajibkan mereka bersugi setiap kali solat

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Hadis ini Sahih. Direkodkan oleh al-Bukhari: 887, dan Muslim: 588.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon