Sekiranya tidak kerana sebahagian peminta itu ada yang berbohong (mengenai kesusahannya)

TEKS BAHASA ARAB

لولا أن السؤال يكذبون؛ ما أفلح من ردهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya tidak kerana sebahagian peminta itu ada yang berbohong (mengenai kesusahannya), maka tidak akan berjayalah orang yang menolak permintaan mereka (yakni yang jujur dari kalangan peminta itu).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis nombor 4542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: (لو لا أن السؤال يكذبون؛ ما أفلح من ردهم). [عق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (4365)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya tidak kerana sebahagian peminta itu ada yang berbohong (mengenai kesusahannya), maka tidak akan berjayalah orang yang menolak permintaan mereka (yakni yang jujur dari kalangan peminta itu).
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4365]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs