Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لولا أن السُّؤَّالَ يَكْذِبُونَ؛ ما أَفْلَحَ مَن رَدَّهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya tidak kerana sebahagian peminta itu ada yang berbohong (mengenai kesusahannya), maka tidak akan berjayalah orang yang menolak permintaan mereka (yakni yang jujur dari kalangan peminta itu).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis no. 4542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: (لو لا أن السؤال يكذبون؛ ما أفلح من ردهم). [عق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (4365)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya tidak kerana sebahagian peminta itu ada yang berbohong (mengenai kesusahannya), maka tidak akan berjayalah orang yang menolak permintaan mereka (yakni yang jujur dari kalangan peminta itu). [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4365]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman