Sekiranya terdapat tiga orang, hendaklah orang yang paling mahir tentang al-Quran menjadi imam

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانوا ثلاثة فليؤمهم أقرؤهم لكتاب الله – عزوجل -، فإن كانوا في القراءة سواء فأكبرهم سنا، فإن كانوا سواء فأحسنهم وجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya terdapat tiga orang, hendaklah orang yang paling mahir tentang al-Quran menjadi imam. Sekiranya mereka setaraf dalam (kualiti) bacaan al-Quran, maka hendaklah yang paling tua dari kalangan mereka menjadi imam. Dan sekiranya umur mereka sama, hendaklah orang yang paling elok wajah menjadi sebagai imam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis nombor 1365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي زيد الأنصاري عمرو بن أخطب – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا كانوا ثلاثة فليؤمهم أقرؤهم لكتاب الله عزوجل، فإن كانوا في القراءة سواء فأكبرهم سنا، فإن كانوا سواء فأحسنهم وجها)). [هق، ((الضعيفة)) (2698)]

(Munkar)
Daripada Abu Zaid al-Ansari ‘Amru bin Akhtab RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sekiranya terdapat tiga orang, hendaklah orang yang paling mahir tentang al-Quran menjadi imam. Sekiranya mereka setaraf dalam (kualiti) bacaan al-Quran, maka hendaklah yang paling tua dari kalangan mereka menjadi imam. Dan sekiranya umur mereka sama, hendaklah orang yang paling elok wajah menjadi sebagai imam.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2698]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs