Sekiranya telinga seseorang dari kalangan kamu berdesing

TEKS BAHASA ARAB

إذا طنت إذن أحدكم فليذكرني، وليصل على، وليقل: ذكر الله من ذكرني بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya telinga seseorang kamu berdesing, maka sebutlah aku dan berselawatlah kepadaku, serta katakanlah: Semoga Allah menyebutkan orang yang menyebut tentangku dengan kebaikan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 54, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه الطبراني في الصغير (2/120) والبزار (ج 4/ رقم 3125) والعقيلي (4/ 261) وابن عدي (6 / 2443) وابن الجوزي في الموضوعات (3 / 76) ، من طريق معمر بن محمد بن عبيد الله بن أبي رافع، عن أبيه محمد، عن أبيه عبيد الله، عن أبي رافع مرفوعا به قال الطبراني: لا يروي عن أبي رافع إلا بهذا الإسناد، تفرد به معمر بن محمد.
قلت: وهذا سند واه. ومعمر بن محمد، قال فيه البخاري: منكر الحديث. وهذا جرح شديد عنده. وقال العقيلي: لا يتابع على حديثه، ولا يعرف إلا به. وأبوه محمد بن عبيد. قال ابن معين في تاريخه (2/ 529) : ليس بشيء. ونقل العقيلي عنه: هو ولا ابنه معمر. وقال البخاري في التاريخ (1/ 1/ 171) : منكر الحديث . وكذا قال أبو حاتم وزاد: جدا ذاهب ، ولكن معمر لم يتفرد به، بل تابعه حبان بن علي، حدثنا محمد بن عبيد الله بن أبي رافع. أخرجه ابن السني في اليوم والليلة (166) ، والخرائطي في المكارم (437) وابن حبان في المجروحين (2/250) وحبان هذا ضعيف عندهم. وتابعه أخوه مندل بن علي أخرجه الخرائطي أيضا، ومندل أحسن حالا من أخيه. وقد اختلف على محمد بن عبيد الله بن أبي رافع فيه: فرواه مرة عن أبيه، كما مر في الوجه السابق. ومرة يرويه عن أخيه عبد الله بن عبيد الله. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 1/ رقم 958) ، وابن عدي (6/ 2126) وعبد الله روى له مسلم والنسائي حديثا واحدا، ووثقه ابن حبان. ولكن تبقى الآفة، وهي محمد بن عبيد الله بن أبي رافع. ولذا قال العقيلي (ق 197/ 2) : ليس له أصل. يعني الحديث.
ومما يتعجب منه حقاً قول الحافظ الهيثمي في المجمع (10/ 138) : رواه الطبراني في الثلاثة وإسناد الطبراني في الكبير حسن. فهذه غفلة من الهيثمي رحمه الله – وكم له من مثلها – عن حال محمد بن عبيد الله – فإنه متروك وأضعف منه قول السيوطي في متعقباً ابن الجوزيمحمد بن عبيد الله بن أبي رافع من رجال ابن ماجة، ولم يتهم أ. هـ‍. وقد أقر الحافظ ابن حجر بأنه متهم كما قال ابن عراق تنزيه (2/ 293) . ثم سعى ابن عراق إلى تقوية الحديث بما لا طائل تحته، فقالاحتج به لاستحباب ذلك عند طنين الأذن، فهو عنده ضعيف لا موضوع. وذكره ابن الجوزي في الحصن الحصين وقدْ قالَ في أوله: أرجو أن يكون جميع ما فيهِ صحيحاً، ويؤيده أن ابن خزيمة أخرجه في صحيحة وهو عجب، فإن الحديث ليس على شرط الصحيح، والله تعالى أعلم أ. هـ‍. قلت: احتجاجه بصنيع النووي رحمه الله احتجاج ضعيف. والنووي نفسه رخو في الحكم على الحديث في كتاب الأذكار خلافاً لطريقته في المجموع. وأوقعه في غالب أحكامه اعتباره العمل بالضعيف في فضائل الأعمال، خلافاً لأهل التحقيق من العلماء كما ذكرته في كتابه: الظل الوريف في حكم العمل بالحديث الضعيف وابن الجوزي على جلالته لم يكن من أهل الفن، ومع ذلكَ فهوَ لم يقطع بصحة كل ما هو في كتابه. وأما ابن خزيمة فلا نعلم هل أعلَّ الحديث أم لا؟ وحتى وأن لم يعله فليس كل ما في صحيح ابن خزيمة ويكون صحيحاً، ولا حسناً كما يعلمه من أدمن النظر في القسم المطبوع من صحيحه. والله الموفق.

Dha’if Jiddan (Terlalu lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Saghir (2/120), al-Bazzar (juz 4/ hadith no 3125), al-‘Uqaili (4/261), Ibn ‘Adi (6/2443), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/76) melalui sanad Ma’mar bin Muhammad bin ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya, Muhammad daripada ayahnya, ‘Ubaidullah, daripada Abi Rafi’ secara marfu’ hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: "Tidak diriwayatkan daripada Abi Rafi’ kecuali dengan sanad ini. Mu’ammar bin Muhammad bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Sanad ini adalah Wahin (Terlalu Lemah). Ma’mar bin Muhammad, al-Bukhari berkata berkenaan beliau: "Munkar al-Hadith". Ini merupakan kritikan yang berat di sisi al-Bukhari. Al-‘Uqaili pula berkata: "Tidak ada sokongan bagi hadith beliau,dan beliau tidak dikenali melainkan dengan hadith ini". Ayahnya iaitu Muhammad bin ‘Ubaid pula, Ibn Ma’in berkata dalam Tarikh beliau (2/529): "Beliau tidak ada nilai". Al-‘Uqaili turut meriwayatkan (tambahan) daripada Ibn Ma’in: "Beliau (tidak ada nilai), begitu juga anaknya Ma’mar". Al-Bukhari berkata dalam Tarikh beliau (2/529): "Munkar al-Hadith". Demikian juga yang dikatakan oleh Abu Hatim, namun beliau menambah: "Terlalu (Munkar al-Hadith), Zahib (Terlalu Dha’if)". Namun, Ma’mar tidak berseorangan meriwayatkan hadith ini, beliau telah disokong oleh Hibban bin ‘Ali, katanya Muhammad bin ‘Ubaidullah Ibn Abi Rafi’ telah menceritakan kepada kami. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (166), al-Khara’iti dalam al-Makarim (437) dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/250), namun Hibban tersebut adalah perawi dha’if di sisi mereka. Beliau turut disokong oleh saudaranya Mindal bin ‘Ali. Ianya turut telah dikeluarkan oleh al-Khara’iti. Mindal ini elok sedikit statusnya berbanding saudaranya (Hibban).
Namun telah berlaku perbezaan terhadap sanad Muhammad bin ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’, sekali beliau meriwayatkannya daripada ayahnya sebagaimana sanad yang lepas, kali yang lain pula beliau meriwayatkannya daripada saudaranya Abd Allah bin ‘Ubaidullah, ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 1/ hadith : 958) dan Ibn ‘Adi (6/2126). Muslim dan al-Nasa’ie juga telah meriwayatkan daripada Abd Allah satu hadith dan Ibn Hibban telah menilai beliau sebagai Thiqah. Namun, punca kerosakan hadith tersebut masih ada, iaitu Muhammad Ibn ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’. Oleh kerana itulah, al-‘Uqaili (hlm. 197/2) berkata: "Tidak ada asal baginya", iaitu hadith tersebut.
Antara perkara yang benar-benar pelik adalah kata-kata al-Hafiz al-Haythami dalam al-Majma’ (10/138): "al-Tabarani telah meriwayatkannya dalam tiga Mu’jam……sanad al-Tabarani dalam al-Kabir adalah hasan". Ini adalah kerana kelupaan yang berpunca daripada al-Haythami r.h – banyak kali perkara seumpama ini terjadi pada beliau – berkenaan status Muhammad bin ‘Ubaidullah -, beliau seorang yang Matruk (ditinggalkan – sangat dha’if), lebih teruk berbanding itu, kata-kata al-Suyuti dalam al-La’ali ketika memberikan komentar kepada Ibn al-Jawzi: "Muhammad bin ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’ merupakan perawi Ibn Majah, beliau tidak dituduh melakukan pendustaan". Sedangkan al-Hafiz Ibn Hajar sendiri mengakui bahawa Muhammad dituduh melakukan pendustaan sebagaimana kata Ibn ‘Arraq dalam Tanzih al-Shari’ah (2/293). Kemudian Ibn ‘Arraq cuba menguatkan hadith itu dengan hujjah yang tidak ada manfaat, kata beliau: "al-Nawawi berhujjah dengan hadith tersebut dalam al-Azkar kerana elok mengucapkannya ketika telinga berdesing, ianya hadith yang dha’if di sisi beliau (al-Nawawi) bukannya Mawdhu’. Ibn al-Jawzi turut menyebutkannya dalam al-Hisn al-Hasin, pada awal-awal kitab tersebut beliau sebutkan: ‘Saya berharap kesemua hadith di dalamnya adalah sahih’, ianya dikuatkan lagi apabila Ibn Khuzaimah turut mengeluarkannya dalam Sahih beliau, ianya suatu yang ajaib, kerana hadith tersebut tidak menepati syarat sahih. Wallahua’lam".
Saya berkata: Beliau berhujjah melalui perbuatan al-Nawawi r.h adalah suatu hujjah yang lemah. Al-Nawawi sendiri tidak ketat menilai hadith dalam al-Azkar, berbeza dengan cara beliau dalam al-Majmu’. Kebanyakkan penilaian-penilaian hadith beliau, beliau masukkan dalam kategori boleh diambilkira untuk beramal dengan hadith dha’if dalam bab kelebihan-kelebihan amalan. Berbeza dengan para peneliti dalam kalangan ulama sebagaimana yang saya telah sebutkan dalam buku saya al-Zhil al-Warif Fi Hukm al-‘Amal Bi al-Hadith al-Dha’if. Ibn al-Jawzi sekalipun tinggi kedudukan beliau, namun beliau tidak termasuk dalam kalangan ahli bagi ilmu ini. Oleh demikian, tidak boleh diputuskan sebagai sahih setiap apa yang terkandung dalam kitab beliau. Manakala, Ibn Khuzaimah pula, kita tidak mengetahui adalah beliau telah menilai cacat hadith tersebut ataupun tidak?! Sekiranya beliau tidak menilai cacat hadith tersebut sekalipun, maka bukanlah semua yang terdapat dalam Sahih Ibn Khuzaimah itu adalah sahih atau juga hasan sebagaimana boleh diketahui bagi orang yang sentiasa meneliti bahagian yang telah dicetak daripada Sahih beliau. Allah lah Pemberi Petunjuk.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs