Sekiranya telah masuk waktu solat dan kamu berada di kandang kambing

TEKS BAHASA ARAB

إذا أدركتكم الصلاة وأنتم في مراح الغنم؛ فصلوا فيها فإنها سكينة وبركة، وإذا أدركتكم الصلاة وأنتم في أعطان الإبل؛ فاخرجوا منها، فصلوا، فإنها جن، من جن خلقت، ألا ترى أنها إذا نفرت كيف تشمخ بأنفها؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya telah masuk waktu solat dan kamu berada di kandang kambing, maka solatlah padanya kerana ia merupakan tempat yang tenang lagi berkat. Manakala sekiranya masuk waktu solat dan kamu berada di kandang unta, maka keluarlah kamu darinya, lalu kamu solatlah (di tempat selainnya). Ini kerana ia adalah jin, daripada jin ia diciptakan. Tidakkah kamu melihat apabila ia lari, bagaimanakah ia menghembus dengan hidungnya?.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis nombor 1317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن مغفل – رضي الله عنه – عن النبي- صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا أدركتكم الصلاة وأنتم في مراح الغنـم؛ فصلوا فيها، فإنها سكينة وبركة، وإذا أدركتكم الصلاة وأنتم في أعطان الإبل؛ فاخرجوا منها، فصلوا، فإنها جن، من جن خلقت، ألا ترى أنها إذا نفرت كيف تشمخ بأنفها؟!)) [الشافعي، هق، البغوي، ((الضعيفة)) (2210)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Mughaffal RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sekiranya telah masuk waktu solat dan kamu berada di kandang kambing, maka solatlah padanya kerana ia merupakan tempat yang tenang lagi berkat. Manakala sekiranya masuk waktu solat dan kamu berada di kandang unta, maka keluarlah kamu darinya, lalu kamu solatlah (di tempat selainnya). Ini kerana ia adalah jin, daripada jin ia diciptakan. Tidakkah kamu melihat apabila ia lari, bagaimanakah ia menghembus dengan hidungnya?.
[Riwayat al-Shafi’i, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2210]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs