Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أدركتكم الصلاة وأَنْتُمْ في مراح الغنمِ؛ فصلُّوا فيها، فإنَّها سكينة وبركة، وإذا أدركتكم الصلاة وأَنْتُمْ في أَعْطَانِ الإِبِلِ؛ فاخرجوا منها، قصلُوا، فإنها جن، من جن خلقت، ألا ترى أنها إذا نفرت كيف تشمخ بأنفها؟!.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya telah masuk waktu solat dan kamu berada di kandang kambing, maka solatlah padanya kerana ia merupakan tempat yang tenang lagi berkat. Manakala sekiranya masuk waktu solat dan kamu berada di kandang unta, maka keluarlah kamu darinya, lalu kamu solatlah (di tempat selainnya). Ini kerana ia adalah jin, daripada jin ia diciptakan. Tidakkah kamu melihat apabila ia lari, bagaimanakah ia menghembus dengan hidungnya?.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mughaffal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis no. 1317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Abdullah bin Mughaffal RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sekiranya telah masuk waktu solat dan kamu berada di kandang kambing, maka solatlah padanya kerana ia merupakan tempat yang tenang lagi berkat. Manakala sekiranya masuk waktu solat dan kamu berada di kandang unta, maka keluarlah kamu darinya, lalu kamu solatlah (di tempat selainnya). Ini kerana ia adalah jin, daripada jin ia diciptakan. Tidakkah kamu melihat apabila ia lari, bagaimanakah ia menghembus dengan hidungnya?. [Riwayat al-Shafi’i, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2210]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman