Sekiranya seseorang yang berliwat itu mandi dengan air laut

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو اغتسل اللوطي بماء البحر لم يجئ يوم القيامة إلا جنبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sekiranya seseorang yang berliwat itu mandi dengan air laut, maka dia tidak akan datang pada hari kiamat melainkan dalam keadaan berjunub.”

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 152, hadis nombor 448. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لَو اغْتسل اللوطي بِمَاء الْبَحْر، لم يَجِيء يَوْم الْقِيَامَة إِلَّا جنبا. قَالَ السخاوي: وكل مَا فِي مَعْنَاهُ بَاطِل.

Hadith: “Sekiranya seseorang yang berliwat itu mandi dengan air laut, maka dia tidak akan datang pada hari kiamat melainkan dalam keadaan berjunub.” Al-Sakhawi berkata: Semua hadith semakna ini, batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs