Sekiranya seseorang telah memandang ke dalam rumah

TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل البصر فلا إذن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang telah memandang ke dalam rumah, maka tidak ada keperluan lagi meminta izin (kerana pensyariatan minta izin adalah untuk menghalang penglihatan orang ke dalam rumah sebelum diizinkan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا دخل البصر فلا إذن)). [خد، د، هق، ((الضعيفة)) (2586)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang telah memandang ke dalam rumah, maka tidak ada keperluan lagi meminta izin (kerana pensyariatan minta izin adalah untuk menghalang penglihatan orang ke dalam rumah sebelum diizinkan).
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Daud dalam Sunan beliau dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2586]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs