Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخلَ البصرُ فلا إِذنَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seseorang telah memandang ke dalam rumah, maka tidak ada keperluan lagi meminta izin (kerana pensyariatan minta izin adalah untuk menghalang penglihatan orang ke dalam rumah sebelum diizinkan).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis no. 1026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إذا دخل البصر فلا إذن)). [خد، د، هق، ((الضعيفة)) (2586)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang telah memandang ke dalam rumah, maka tidak ada keperluan lagi meminta izin (kerana pensyariatan minta izin adalah untuk menghalang penglihatan orang ke dalam rumah sebelum diizinkan). [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Daud dalam Sunan beliau dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2586]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman