Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو أنَّ رجلًا في حِجْرِه دراهمَ يَقْسِمُها، وآخرُ يذكرُ اللهَ؛ كان الذاكرُ للهِ أفضلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seseorang memiliki beberapa dirham di rumahnya yang dia bahagi-bahagikan dirham tersebut, dan seorang lagi pun berzikir kepada Allah, pastilah lelaki yang berzikir kepada Allah itu lebih utama.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis no. 7576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لو أن رجلا في حجره دراهم يقسمها، وآخر يذكر الله؛ كان الذاكر لله أفضل)). [طس، ((الضعيفة)) (4348)]
(Lemah) Daripada Abu Musa RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya seseorang memiliki beberapa dirham di rumahnya yang dia bahagi-bahagikan dirham tersebut, dan seorang lagi pun berzikir kepada Allah, pastilah lelaki yang berzikir kepada Allah itu lebih utama. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4348]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman