Sekiranya seseorang itu lebih lurus (jujur) berbanding kayu anak panah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو أن امرءا كان أقوم من قدح؛ لكان له من الناس غامز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang itu lebih lurus (jujur) berbanding kayu anak panah, nescaya orang ramai akan mencelanya (tidak menyukainya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 245, hadis nombor 1281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قال: ((لو أن امرءا أقوم من قدح، لكان له من الناس غامز)). [ابو الشيخ في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (6944)]

(Munkar)
Daripada Mu’az bin Jabal RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang itu lebih lurus (jujur) berbanding kayu anak panah, nescaya orang ramai akan mencelanya (tidak menyukainya).
[Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Amtsal,. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6944]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.