Sekiranya saudara kandung kamu sendiri pun janganlah kamu berasa aman dengannya

TEKS BAHASA ARAB

أخوك البكري ولا تأمنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya saudara kandung kamu sendiri pun janganlah kamu berasa aman dengannya (apatah lagi orang lain).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178, hadis nombor 905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
ابن عمرو بن الفغواء الخزاعي – رضي الله عنه -، قال: دعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد أراد أن يبعثني بمال إلى أبي سفيان يقسمه في قريش بمكة بعد الفتح، فقال: ” التمس صاحبا “، قال: فجاءني عمرو بن أمية الضمري، فقال: بلغني أنك تريد الخروج، وتلتمس صاحبا، قال: قلت: أجل، قال: فأنا لك صاحب، قال: فجئت رسول الله صلى الله عليه وسلم، قلت: قد وجدت صاحبا، قال: فقال: ” من؟ ” قلت: عمرو بن أمية الضمري، قال: إذا هبطت بلاد قومه فاحذره، فإنه قد قال القائل: أخوك البكري ولا تأمنه. فخرجنا حتى إذا كنت بـ (الأبواء)، قال: إني أريد حاجة إلى قومي بـ (وَدّان) ، فتلبث لي، قلت: راشدا، فلما ولى، ذكرت قول النبي صلى الله عليه وسلم، فشددت على بعيري حتى خرجت أوضعه، حتى إذا كنت بـ (الأصافر) إذا هو يعارضني في رهط، قال: وأوضعت، فسبقته، فلما رآني قد فته، انصرفوا، وجاءني فقال: كانت لي إلى قومي حاجة، قال: قلت: أجل، ومضينا حتى قدمنا مكة، فدفعت المال إلى أبي سفيان.
[تخ، حم، د، ابن سعد، ((الضعيفة)) (١٢٠٥)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Amru bin al-Faghwa’ al-Khuza‘iy RA beliau berkata: Rasulullah SAW memanggilku dan baginda mahu mengutuskan aku bersama sejumlah harta untuk diberikan kepada Abu Sufian supaya dia dapat mengagihkan harta tersebut kepada masyarakat Quraisy di Makkah setelah pembukaan kota Makkah. Kemudian baginda bersabda: “Carilah kamu seorang peneman”. Ibn ‘Amru berkata: Kemudian ‘Amru bin Umayyah al-Dhamri datang kepadaku, lalu dia berkata: Aku mendapat khabar bahawa kamu hendak keluar bermusafir dan kamu sedang mencari seorang peneman? Ibn ‘Amru berkata: Aku menjawab: “Ya, betul”. Beliau berkata: Kalau begitu biar aku pergi menemani kamu. Ibn ‘Amru berkata: Kemudian aku pergi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan aku berkata: “Aku telah menemui seorang peneman (wahai Rasulullah)”. Baginda bertanya: “Siapa?”. Aku menjawab: ‘Amru bin Umayyah Al-Dhamri. Baginda berkata: Apabila kamu telah sampai ke kawasan kaumnya, hendaklah kamu berhati-hati dengannya. Sesungguhnya ada orang pernah berkata: Sekiranya saudara kandung kamu sendiri pun janganlah kamu berasa aman dengannya (apatah lagi orang lain). (Ibn ‘Amru) berkata: Lalu kami pun keluar sehinggalah apabila aku sampai ke Abwa’, dia berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sedikit urusan untuk aku pergi kepada kaumku di Waddan. Tunggulah kamu di sini sehingga aku kembali. Aku berkata: Jangan sampai tersesat jalan. Sebaik sahaja dia berpaling, aku teringat kata-kata Nabi S.A.W, lalu aku pun mengetatkan untaku dan meneruskan perjalanan sehingga aku keluar dari kawasannya itu. Sehinggalah apabila aku sampai di al-Asofir, tiba-tiba dia (‘Amru bin Umayyah) bertembung denganku dengan segerombolan kaumnya. Kemudian aku pun melajukan perjalananku dan aku mendahuluinya. Ketika dia melihat aku telah melepasinya, mereka pun beredar. Lalu dia datang kepadaku dan berkata: Tadi aku mempunyai sedikit urusan dengan kaumku. Ibn ‘Amru berkata: Aku berkata: Baiklah. Lalu kami pun meneruskan perjalanan sehinggalah kami sampai ke Makkah. Kemudian aku pun menyerahkan harta tersebut kepada Abu Sufian.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Imam Ahmad dalam musnad, Imam Abu Daud dalam sunannya dan Ibn Sa‘d. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs