Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قام لك رجلٌ من مجلسِهِ فلا تجلسْ فيهِ، أو قال: لا تُقِمْ رجلًا من مجلسهِ، ثم تجلس ُفيه، ولا تمسحْ يدكَ بثوبِ من لا تملكُ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seseorang itu bangun dari tempat duduknya maka janganlah kamu duduk di tempatnya. Ataupun, baginda berkata: Janganlah kamu bangunkan seseorang lelaki dari tempat duduknya, kemudian kamu duduk di tempatnya. Dan janganlah tanganmu menyentuh pakaian seseorang yang kamu tidak miliki (iaitu bukan hamba kamu).
Sahabat Perawi
- Sa’id bin Abu al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعيد بن أبي الحسن أن أبا بكرة دخل عليهم في شهادة، فقام له رجل من مجلسه، فقال أبو بكرة: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا قام لك رجل من مجلسه فلا تجلس فيه، أو قال: لا تقم رجلا من مجلسه، ثم تجلس فيه، ولا تمسح يدك بثوب من لا تملك)). [الطيالسي، هق، ((الضعيفة)) (2692)]
(Daif) Daripada Sa’id bin Abu al-Hasan beliau berkata: Bahawa Abu Bakrah masuk ke arah mereka pada majlis persaksian. Kemudian seorang lelaki bangun dari tempat duduknya (untuk memberi ruang kepada Abu Bakrah). Kemudian Abu Bakrah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang itu bangun dari tempat duduknya maka janganlah kamu duduk di tempatnya. Ataupun, baginda berkata: Janganlah kamu bangunkan seseorang lelaki dari tempat duduknya, kemudian kamu duduk di tempatnya. Dan janganlah tanganmu menyentuh pakaian seseorang yang kamu tidak miliki (iaitu bukan hamba kamu). [Riwayat al-Tayalisi dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2692]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman