Sekiranya seseorang bersin ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah diucapkan doa kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang bersin ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah diucapkan doa kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis nombor 1356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمت)). [هب، الشافعي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (2646)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW bersabda: Sekiranya seseorang bersin ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah diucapkan doa kepadanya.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Shafi’i dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2646]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs