Sekiranya sesebuah kaum itu berkumpul dalam permusafiran, hendaklah mereka menghimpunkan belanja mereka kepada salah seorang daripada kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya sesebuah kaum itu berkumpul dalam permusafiran, hendaklah mereka menghimpunkan belanja mereka kepada salah seorang daripada kalangan mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis nombor 1081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم)). [ت، عد، الدولابي، ابن منده، ((الضعيفة)) (4135)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya sesebuah kaum itu berkumpul dalam permusafiran, hendaklah mereka menghimpunkan belanja mereka kepada salah seorang daripada kalangan mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Dulabi dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.