Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ تَعْلَمُ الْمَرْأَةُ حَقَّ الزَّوْجِ؛ مَا قَعَدَتْ ما حَضَرَ غَداؤُهُ وَعَشَاؤُهُ حَتَّى يَفْرُغَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seorang wanita itu mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk sepanjang dia (suaminya) menikmati makanan tengahari dan makanan malamnya sehinggalah suaminya selesai.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis no. 1202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (( لو تعلم المرأة حق الزوج؛ ما قعدت ما حضر غداؤه وعشاؤه حتى يفرغ)). [البزار، ((الضعيفة)) (5726)]
(Daif) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang wanita itu mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk sepanjang dia (suaminya) menikmati makanan tengahari dan makanan malamnya sehinggalah suaminya selesai. [Riwayat Al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5726]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman