TEKS BAHASA ARAB
إذا لقي المؤمن المؤمن كان كهيئة البناء يشد بعضه بعضا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin, keadaannya sama seperti binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis nombor 1035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه -، عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا لقي المؤمن المؤمن كان كهيئة البناء يشد بعضه بعضا)). [عد، ((الضعيفة)) (2705)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Musa al-Ash’ariy RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sekiranya seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin, keadaannya sama seperti binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2705]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.