Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا لَقِيَ المؤمنُ المؤمنَ كان كهيئةِ البِناءِ يَشُدُّ بعضُه بعضًا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin, keadaannya sama seperti binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.
Sahabat Perawi
- Abi Musa al-Ash’ariy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي موسى الأشعري - رضي الله عنه -، عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إذا لقي المؤمن المؤمن كان كهيئة البناء يشد بعضه بعضا)). [عد، ((الضعيفة)) (2705)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Musa al-Ash’ariy RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sekiranya seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin, keadaannya sama seperti binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2705]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman