Sekiranya seorang lelaki itu telah menjadi ahli bagi sesuatu negeri, hendaklah dia menunaikan solat di sana

TEKS BAHASA ARAB

إذا تأهل الرجل في بلد فليصل به صلاة المقيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang lelaki itu telah menjadi ahli bagi sesuatu negeri, hendaklah dia menunaikan solat di sana dengan solat seorang yang bermukim (iaitu secara tamam (sempurna) dan bukannya qasar).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis nombor 1322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – أنه صلى بأهل منى أربعا، فأنكر الناس عليه ذلك، فقال: إني تأهلت بأهلي لما قدمت، وإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا تأهل الرجل في بلد فليصل به صلاة المقيم)). [حم، الحميدي، عبدالغني المقدسي في (سننه)، فر، ((الضعيفة))، (2415)]

(Lemah)
Daripada Uthman bin ‘Affan RA bahawa beliau menjadi imam kepada penduduk Mina dengan melakukan solat empat rakaat. Lalu orang ramai pun membantah perbuatan beliau tersebut. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya aku termasuk menjadi sebahagian dari ahli keluargaku sebaik sahaja aku tiba di sini. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki itu telah menjadi ahli bagi sesuatu negeri, hendaklah dia menunaikan solat di sana dengan solat seorang yang bermukim (iaitu secara tamam (sempurna) dan bukannya qasar).
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Humaydi, ‘Abd al-Ghaniy al-Maqdisi dalam Sunan beliau dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2415]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.