Sekiranya seorang lelaki itu mendidik anaknya

TEKS BAHASA ARAB

لأن يؤدب الرجل ولده، أو أحدكم ولده، خير له من أن يتصدق كل يوم بنصف صاع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang lelaki itu mendidik anaknya atau (sekiranya) salah seorang kamu mendidik anaknya maka yang demikian itu lebih baik untuknya berbanding dia bersedekah sebanyak separuh timbangan pada setiap hari.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis nombor 987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن جابر بن سمرة أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((لأن يؤدب الرجل ولده، أو أحدكم ولده، خير له من أن يتصدق كل يوم بنصف صاع)).
[ت، ك، حم، الطبراني في "المنتقى من حديثه"، السهمي، ((الضعيفة)) (1887)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki itu mendidik anaknya atau (sekiranya) salah seorang kamu mendidik anaknya maka yang demikian itu lebih baik untuknya berbanding dia bersedekah sebanyak separuh timbangan pada setiap hari’.
[Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Muntaqa’ Min Hadithihi dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs