Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لأن يُؤَدِّبَ الرجلُ ولدَه، أو أحدُكم ولدَه، خيرٌ له من أن يَتصدقَ كلَّ يومٍ بِنِصْفِ صاعٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seorang lelaki itu mendidik anaknya atau (sekiranya) salah seorang kamu mendidik anaknya maka yang demikian itu lebih baik untuknya berbanding dia bersedekah sebanyak separuh timbangan pada setiap hari.
Sahabat Perawi
- Jabir bin Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis no. 987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن جابر بن سمرة أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((لأن يؤدب الرجل ولده، أو أحدكم ولده، خير له من أن يتصدق كل يوم بنصف صاع)). [ت، ك، حم، الطبراني في "المنتقى من حديثه"، السهمي، ((الضعيفة)) (1887)]
(Terlalu Daif) Daripada Jabir bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki itu mendidik anaknya atau (sekiranya) salah seorang kamu mendidik anaknya maka yang demikian itu lebih baik untuknya berbanding dia bersedekah sebanyak separuh timbangan pada setiap hari’. [Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Muntaqa’ Min Hadithihi dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1887]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman