Sekiranya seorang lelaki itu mempersaudarakan dirinya dengan seorang lelaki yang lain, hendaklah dia bertanya kepadanya tentang namanya, nama bapanya dan nasab keturunan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا آخى الرجل الرجل فليسأله عن اسمه واسم أبيه، وممن هو، فإنه أوصل للمودة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang lelaki itu mempersaudarakan dirinya dengan seorang lelaki yang lain, hendaklah dia bertanya kepadanya tentang namanya dan nama bapanya, serta daripada keturunan manakah dia. Kerana ia lebih berkesan (cepat) untuk menghubungkan perasaan kasih sayang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يزيد بن نعامة الضبي، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا آخى الرجل الرجل فليسأله عن اسمه واسم أبيه، وممن هو، فإنه أوصل للمودة)). [تخ، ت، حل، ابن سعد، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (1726)]

(Lemah)
Daripada Yazid bin Nu’amah al-Dhabbiy, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki itu mempersaudarakan dirinya dengan seorang lelaki yang lain, hendaklah dia bertanya kepadanya tentang namanya dan nama bapanya, serta daripada keturunan manakah dia. Kerana ia lebih berkesan (cepat) untuk menghubungkan perasaan kasih sayang.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, Ibn Sa’di dan Abd bin Humayd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1726]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.