Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang berkhutbah

Teks Bahasa Arab

إذا عطس الرَّجلُ والإمامُ يخطبُ يوم َالجمعةِ فيُشمَّتُ.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah diberikan tasymit (doa) kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. al-Hasan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمت)). [هق، الشافعي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (2646)]

(Terlalu Daif) Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah diberikan tasymit (doa) kepadanya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Shafi’i dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2646]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.