Sekiranya seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah segan untuk mengazab sesiapa yang mengangkat jenazahnya, mengiringinya dan solat ke atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه)). [فر، ((الضعيفة)) (6894)]

(Palsu)
Daripada Jābir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah segan untuk mengazab sesiapa yang mengangkat jenazahnya, mengiringinya dan solat ke atasnya.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs