Sekiranya sejahtera hari Jumaat maka sejahteralah juga hari-hari yang lain. Dan apabila sejahteranya bulan Ramadan, maka sejahtera jugalah sepanjang tahun

TEKS BAHASA ARAB

إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام، وإذا سلم رمضان سلمت السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya sejahtera hari Jumaat maka sejahteralah juga hari-hari yang lain. Dan apabila sejahteranya bulan Ramadan, maka sejahtera jugalah sepanjang tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis nombor 1350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام، وإذا سلم رمضان سلمت السنة)). [المخلص في ((المجلس السابع))، علي بن أبي طالب المكي في ((حديثه))، أبو طاهر الأنباري في ((مشيخته))، حل، عد، هب، الخطيب في ((الموضح))، أبو أحمد الحاكم في ((الكني))، ((الضعيفة)) (2565)]

(Palsu)
Daripada ‘A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya sejahtera hari Jumaat maka sejahteralah juga hari-hari yang lain. Dan apabila sejahteranya bulan Ramadan, maka sejahtera jugalah sepanjang tahun.
[Riwayat al-Mukhallis dalam al-Majlis al-Sabi’, ‘Ali Bin Abi Talib al-Makki dalam hadis beliau, Abu Tahir al-Anbari dalam Masyyikhah beliau, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Mudih dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2565]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs