Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سَلِمَتِ الجمعةُ سَلِمَتِ الأيامُ، وإذا سَلِمَ رمضانُ سَلِمَتِ السَّنَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya sejahtera hari Jumaat maka sejahteralah juga hari-hari yang lain. Dan apabila sejahteranya bulan Ramadan, maka sejahtera jugalah sepanjang tahun.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis no. 1350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام، وإذا سلم رمضان سلمت السنة)). [المخلص في ((المجلس السابع))، علي بن أبي طالب المكي في ((حديثه))، أبو طاهر الأنباري في ((مشيخته))، حل، عد، هب، الخطيب في ((الموضح))، أبو أحمد الحاكم في ((الكني))، ((الضعيفة)) (2565)]
(Palsu) Daripada ‘A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya sejahtera hari Jumaat maka sejahteralah juga hari-hari yang lain. Dan apabila sejahteranya bulan Ramadan, maka sejahtera jugalah sepanjang tahun. [Riwayat al-Mukhallis dalam al-Majlis al-Sabi’, ‘Ali Bin Abi Talib al-Makki dalam hadis beliau, Abu Tahir al-Anbari dalam Masyyikhah beliau, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Mudih dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2565]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman