Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا نَسِيَ أحدُكم صلاةً فَذَكَرَها وهو في صلاةٍ مَكتوبةٍ فَلَيَبْدأْ بالتي هو فيها فإذا فَرَغ صلَّى التي نَسِيَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang kamu terlupa mendirikan solat, kemudian dia teringat tentangnya semasa dia sedang menunaikan solat fardu, maka mulakanlah dengan solat yang dia sedang tunaikan itu dan sebaik sahaja dia selesai, dirikanlah solat yang dia terlupa sebelumnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis no. 1367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا نسى أحدكم صلاة فذكرها وهو في صلاة مكتوبة فليبدأ بالتي هو فيها فإذا فرغ صلى التي نسي)). [عد، هق، ((الضعيفة)) (2715)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu terlupa mendirikan solat, kemudian dia teringat tentangnya semasa dia sedang menunaikan solat fardu, maka mulakanlah dengan solat yang dia sedang tunaikan itu dan sebaik sahaja dia selesai, dirikanlah solat yang dia terlupa sebelumnya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2715]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman