Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سجد أحدُكم فلْيُباشِرْ بكَفَّيْهِ الأرضَ، عسى اللهُ أن يَفُكَّ عنه الغُلَّ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang kamu sujud, hendaklah dia letakkan dua tapak tangannya ke tanah (tanpa lapik). Mudah-mudahan Allah akan mengalihkan kesesatan darinya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis no. 1347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا سجد أحدكم فليباشر بكفيه الأرض، عسى الله أن يفك عنه الغل يوم القيامة)). [طس، ((الضعيفة)) (2624)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu sujud, hendaklah dia letakkan dua tapak tangannya ke tanah (tanpa lapik). Mudah-mudahan Allah akan mengalihkan kesesatan darinya pada hari kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2624]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman