Sekiranya salah seorang kamu pulang dari permusafirannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رجع أحدكم من سفره، فليرجع إلى أهله بهدية، وإن لم يجد إلا أن يلقي في مخلاته حجرا أو حزمة حطب، فإن ذلك مما يعجبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu pulang dari permusafirannya, hendaklah dia pulang kepada ahli keluarganya dengan membawa hadiah. Sekalipun jika dia tidak mendapati (sebarang hadiah untuk dibawa pulang) melainkan dia hanya memasukkan batu-batu ke dalam sebuah bekas atau seikat kayu api ke dalamnya, kerana itu pasti akan menggembirakan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي رهم – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا رجع أحدكم من سفره، فليرجع إلى أهله بهدية، وإن لم يجد إلا أن يلقي في مخلاته حجرا أو حزمة حطب، فإن ذلك مما يعجبهم)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (2613)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Rahm RA beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu pulang dari permusafirannya, hendaklah dia pulang kepada ahli keluarganya dengan membawa hadiah. Sekalipun jika dia tidak mendapati (sebarang hadiah untuk dibawa pulang) melainkan dia hanya memasukkan batu-batu ke dalam sebuah bekas atau seikat kayu api ke dalamnya, kerana itu pasti akan menggembirakan mereka.
[Riwayat Al-Dulabiy. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.