Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رجع أحدُكم من سَفَرِهِ، فلْيَرْجِعْ إلى أهلِهِ بهَدِيَّةٍ، وإن لم يَجِدْ إلا أن يُلْقِىَ في مُخْلَاتِهِ حَجَرًا أو حُزْمَةَ حَطَبٍ، فإن ذلك مما يُعْجِبُهُم.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang kamu pulang dari permusafirannya, hendaklah dia pulang kepada ahli keluarganya dengan membawa hadiah. Sekalipun jika dia tidak mendapati (sebarang hadiah untuk dibawa pulang) melainkan dia hanya memasukkan batu-batu ke dalam sebuah bekas atau seikat kayu api ke dalamnya, kerana itu pasti akan menggembirakan mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Rahm RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis no. 1029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي رهم - رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((إذا رجع أحدكم من سفره، فليرجع إلى أهله بهدية، وإن لم يجد إلا أن يلقي في مخلاته حجرا أو حزمة حطب، فإن ذلك مما يعجبهم)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (2613)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Rahm RA beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu pulang dari permusafirannya, hendaklah dia pulang kepada ahli keluarganya dengan membawa hadiah. Sekalipun jika dia tidak mendapati (sebarang hadiah untuk dibawa pulang) melainkan dia hanya memasukkan batu-batu ke dalam sebuah bekas atau seikat kayu api ke dalamnya, kerana itu pasti akan menggembirakan mereka. [Riwayat Al-Dulabiy. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2613]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman